Thursday 28 July 2016

[Kisah Benar Jururawat di Tanah Suci Mekah]


Kisah ini diceritakan oleh saudara saya sendiri yang berkhidmat sebagai jururawat di Tanah Suci pada musim haji tahun 2014. Saya namakannya sebagai Kak Suri.
Ada seorang nenek tua yang terlantar sakit di hospital beberapa hari akibat tidak lalu makan dan tidak mempunyai tenaga untuk mengerjakan ibadah haji. Puas dipujuk keluarga dan kakitangan hospital untuk menjamah makanan yang ada. "Makcik tak lalu makan." Itu sahaja yang dikatakannya.
Apabila sampai shift Kak Suri untuk bertugas di wad berkenaan, Suri memujuk nenek tersebut untuk makan supaya ada tenaga dan boleh menunaikan ibadah haji tanpa bantuan orang lain. Masih mengeluarkan alasan yang sama, tidak lalu makan dan tidak ada selera makan.
Kak Suri teringat dia ada bawa bekalan makanan dari Malaysia. Mungkin nenek ini rindu makanan Malaysia, fikir Kak Suri.Kak Suri letakkan bekalan makanan dari Malaysia itu bersama makanan yang disediakan oleh hospital untuk dimakan oleh nenek tersebut.
Nenek ternampak bekalan Kak suri. Nenek cuba makan sesuap, ambil lagi sesuap dan habis sepinggan nasi. Mukanya ceria dan bisik kepada Kak Suri.
"Makcik selalu makan SAMBAL dekat Malaysia. Datang sini takde sambal. Tu yang makcik tak lalu makan" Katanya gembira kepada Kak Suri.
"Ya Allah.. Sebab takde SAMBAL rupanyanya nenek ni sampai terbaring tak bermaya." Kata hati Kak Suri.
Alhamdulillah.. Lega Kak Suri kerana berjaya membantu seorang jemaah haji kembali bertenaga dan ceria.Kak Suri tinggalkan Sambal tersebut untuk bekalan makanan nenek tersebut.
Tak lama kemudian, nenek tersebut dapat keluar dari hospital dan dapat mengerjakan haji dengan baik menggunakan kudrat sendiri.
********************************************************************************
Kita mungkin boleh makan apa sahaja yang dihidangkan. Tetapi bagaimana dengan keluarga kita?Lebih-lebih lagi ahli keluarga kita yang baru pertama kali berpengalaman untuk keluar negara untuk satu-satu masa yang lama.
Untuk mendapatkan ketenangan didalam beribadah, keluarga kita gembira dan selesa dengan sesuatu keadaan adalah salah satu caranya.
Ibu bapa anda bakal mengerjakan Haji dan Umrah tahun ini? Atau anda sendiri yang akan mengerjakan Haji dan Umrah? Jangan biarkan permasalahan makanan sebagai punca utama untuk anda GAGAL melaksanakan ibadah dengan sempurna.
Persiapkan segala bekalan dari awal. Mungkin kita boleh makan apa sahaja yang dihidangkan tetapi bukan keluarga kita.
-------------------------------------------------------------------------------
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA. KAMI MENYEDIAKAN :-
Sambal Ketuk atau Sambal Ikan Bilis Tumbuk Pedas yang sedia untuk dimakan terus. Telah dibungkuskan dalam pack yang mudah untuk dibawa dan disimpan.
SAMBAL KETUK NAS CHOICES telah menjadi pilihan pelanggan sejak beberapa tahun. Pastikan anda juga tidak ketinggalan.
SEGERA PM kami atau
Whatsapp "SK HAJI" ke 0193613164
Whatsapp "SK HAJI" ke 0193613164
Whatsapp "SK HAJI" ke 0193613164
KHAS untuk 50 pelanggan terawal akan terima Hadiah Percuma daripada kami. Usah tunggu lama, kami bimbang anda perlu beratur untuk mendapatkan stock anda dan tarikh berlepas akan tiba.

No comments:

Post a Comment